+6013-220 7999 admin@jomkembara.com

Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation and you can also rate the tour after you finished the tour.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.

Already a member?

Login
+6013-220 7999 admin@jomkembara.com

Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation and you can also rate the tour after you finished the tour.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.

Already a member?

Login

Kembara New Delhi Kashmir

pahalmgam
Pakej kembara yang menarik adalah trip ke New Delhi dan Kashmir. Kalau ikut trip ni boleh lihat hiruk pikuk bandar besar seperti New Delhi yang agak panas. Boleh rasa kesejukan cuaca di Kashmir dan boleh main salji di Gulmarg kawasan pergunungan di kashmir.
Kashmir terkenal sebagai sebuah negeri yang cantik sering dijadikan lokasi pengambaran filem-filem terkenal Bollywood. Orang selalu sebut nak pergi kashmir sebab nak jumpa shah rukh khan. Mana lah tahu tengah syok tengok pemandangan kashmir terserempak dengan shah rukh khan tengan shooting filem ke.

Pengenalan KASHMIR

(a) Budaya – Di kashmir orang perempuan jarang keluar rumah. Kebanyakan tempat hanya nampak orang lelaki sahaja. Perempuan juga tidak dibenarkan masuk masjid di kashmir. Yang pelik ketua menteri kashmir adalah perempuan.
(b) Agama – Hampir keseluruhan rakyat kashmir beragama islam mazhab hanafi. Jadi nak makan makanan halal tiada masalah disini.
(c) Barang – Orang kashmir hanya jual produk tempatan. Mereka tak jual produk dari tempat lain kecuali pisang. Apa-apa barang yang terdapat di kashmir adalah buatan tempatan bukanya import.
(d) Tipping – Di kashmir semua orang akan minta tips. Sampai pekerja kedai karpet yang tolong angkat barang pun minta tips. Sediakanlah wang kecil untuk mereka. Kesiannnn

KEMBARA KASHMIR

Catatan ke kashmir bermula dengan penerbangan ke New Delhi. Nak murah punya pasal kami ambil penerbangan waktu petang. Penerbangan pagi selalunya cepat habis dan tak banyak. Sampai New Delhi dah pukul 10.00 malam. Kita kena tidur satu malam di hotel New Delhi. Tak nak tidur hotel, nak jimat, boleh tidur kat airport. Ini adalah hotel di New Delhi

Pagi esoknya pagi-pagi dah kena keluar hotel sebab penerbangan ke Kashmir pukul 10.15 pagi. Kena ambil flight pagi sebab petang boleh buat city tour di kashmir. Terminal domestik di New Delhi selalunya sesak. Kerusi nak duduk pun penuh. Terpaksa bersila di lantai. Lihat saja gambar dibawah

Sampai sahaja di Airport srinagar ketua rombongan mesti register nama peserta dengan pihak security. Kena buat senarai nama peserta beserta dengan no visa untuk rujukan pihak airport. Dah selesai baru boleh keluar dari airport.

Keluar sahaja airport akan muncul lah ramai orang yang hendak membantu anda mengangkat beg, ada yang menawarkan perkhidmatan transport dan sebagainya. Mereka sebenarnya nak minta upah angkat beg anda jer. Jangan tertipu. Jadi, kalau nak jimat angkat sendiri bag.
Di kashmir kita akan tinggal di Houseboat seperti dalam gambar dibawah. Houseboat ni cantik hiasan dalaman nya. Terdapat ukiran khat dan seni ukir kashmir yang unik dalam houseboat.
 
Makan tengahari hari pertama di kashmir adalah dalam Houseboat. Selepas makan tengahari baru kita akan dibawa berjalan-jalan di bandar srinagar. Kita akan melawat Munghal Garden. Paling sesuai melawat Munghal Garden adalah musim panas atau musim bunga tulip bulan april.

Selepas buat city tour kita akan shopping di bawah tanah. Disini banyak jual kain shawl yang murah dan ada jual makanan kering, safron dan kekacang. Oh ya, di Kashmir tiada kacang gajus ya. Tak payah cari, memang tak jumpa punya.

Hari kedua di Kashmir kita akan ke Sonamarg. Sebuah kawasan pergunungan yang cantik. Sonamarg bermaksud taman emas. Lokasi yang sangat cantik untuk kita bergambar. Lihat saja gambar di bawah.

Semasa balik dari Sonamarg kita akan singgah di pasar tempatan. Kat sini boleh lah kita rasa buah-buahan dari kashmir. Walaupun buah tersebut ada di Malaysia tapi kesegaran buah adalah berbeza.
Hari ketiga di kashmir kita akan ke Gulmarg salah satu tempat main ski yang terkenal. Kalau tak tahu main pergi guling guling dalam salji jerlah. Sebelum sampai ke kawasan kereta kable kita kan berhenti untuk pemeriksaan dulu. Baru boleh naik. Semasa check point ada banyak kedai yang menjual pakaian dan cenderamata. Nak sewa baju sejuk, cermin mata atau sarung tangan pun ada disini.
Gulmarg ni ada 2 fasa. Kita akan naik kereta kable sehingga fasa pertama. Kalau musim panas tik ada salji. Kalau nak tengok atau main salji kena naik fasa kedua. Bayar sendiri ye tak termasuk dalam pakej. Kena bayar Rp800 untuk sampai puncak gunung.
Hari Keempat di Kashmir kita akan balik ke New Delhi. Selalunya kami ambil flight pagi sampai di new Delhi watu tengahari. Kita akan makan tengahari dulu di New Delhi lepas makan baru kita bertolak ke Agra.
Pengalaman yang menarik adalah proses untuk keluar dari kashmir. Semasa di Airport Srinagar sampai saja di pintu pagar airport kita kena turun dari bas. Angkut semua barang yang ada untuk proses scanning. Merekan akan scan bag dan juga buat body scanning. Lepas scanning angkut bag semua naik bas balik menuju ke pintu masuk airport.
Sampai pintu airport lagi sekali kena angkat bag dan buat scanning yang sama. Scanning yang kedua ni lain sikit ada kemungkinan mereka minta buka bag. Lepas scanning baru kita check in bag di kaunter dan dapatkan boarding pass. Dah dapat boarding pass baru boleh masuk balai pelepasan. Semasa nak masuk balai pelepasan kena buat body scan lagi sekali. Kita kena keluarkan semua barang yang ada dalam bag yang dibawa atas meja untuk diperiksa.
Pastikan handphone, kamera dan apa-apa alat elektronik hidup dan boleh digunakan. Jika padam tiada bateri mereka akan suruh kita buka alat tersebut. Mereka nak tengok samaada barang yang kita bawa itu adalah alat elektronik yang betul. Bagi wanita jangan letak pakaian dalam wanita dalam bag nanti semua orang nampak saiz pakaian anda. Masuk bagasi lagi bagus.
Setelah semakan terperinci dibuat kita kena dibawa ke bahagian bagasi untuk mengenal pasti bag kita yang akan dimasukkan ke bahagian kargo.  Dah buat pengecaman bag baru boleh rehat di bahagian pelepasan tunggu boarding pesawat. Bila pintu pesawat dah dibuka barulah kita akan dipanggil untuk naik ke pesawat. Mereka akan asingkan laluan lelaki dan wanita untuk buat body scanning lagi sekali. Ehhh berapa banyak body scan daaa.
Sampai di New Delhi kita akan ke Agra yang akan mengambil masa 4 jam setengah driving untuk sampai. Sampai Agra kita check in hotel dan rehat. Kalau sempat bolehlah kita pusing bandar agra sambil shopping.
Keesokannya kita akan check out hotel dan pergi melawat Taj Mahal dan Agra Fort.
Selepas melawat dua tempat tersebut kita akan pergi shopping barang cenderamata di Agra. Makan tengahari di restoran Taj Mahal. Sampai pintu pakcik misai akan sambut kedatangan kita. Gambar ni pun ambil dari jauh kerana kat sini tak dibenarkan ambil gambar restoran dan pekerja restoran.
Dah selesai shopping kita akan menuju ke New Delhi dan tinggal satu malam di New Delhi sebelum Pulang ke Malaysia.
Hari terakhir di India kita akan buat lintas langsung dengan melawat India Gate, President House dan Parlimen. Lepas tu shopping sakan di pasar Sarojini. Disini macam macam ada. Dari Bag, kain, barang kulit dan banyak lagi. Harganya murah. Kita akan menghabiskan 4 Jam di pasar ini sebab penerbangan pulang ke Malaysia adalah pukul 11 malam jadi kita ada banyak masa untuk shopping.
Image result for sarojini nagar market
Pukul 7 malam kita akan ke Airport New Delhi untuk penerbangan pulang ke Malaysia. Untuk hari terakhir makam malam tiada dalam pakej jadi pandai-pandai lah cari makan di airport nanti. Untuk makluman airport new delhi tiada surau jadi bawa sejadah kecil untuk sembahyang maghrib dan isyak.

NOTA: sila hubungi kami di talian 03-38853814 atau 013-2207999 untuk pakej New Delhi Kashmir. Harga dalam anggaran RM4250 all in untuk pakej 8H6M.

Travel Article

If you wish us to write an article relating to travel please let us know know

Recent Comments