+6013-220 7999 [email protected]

Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation and you can also rate the tour after you finished the tour.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.

Already a member?

Login
+6013-220 7999 [email protected]

Login

Sign Up

After creating an account, you'll be able to track your payment status, track the confirmation and you can also rate the tour after you finished the tour.
Username*
Password*
Confirm Password*
First Name*
Last Name*
Email*
Phone*
Country*
* Creating an account means you're okay with our Terms of Service and Privacy Statement.

Already a member?

Login

5 Cara Elak Ditipu Travel Agensi

Sekarang ini banyak berlaku penipuan oleh travel agensi berdaftar dan juga yang tak berdaftar yang beroperasi secara haram. Jumlah wang yang ditipu bukannya sikit malah cecah jutaan ringgit. Meroyan mereka yang kena tipu dengan travel agensi ni. Sebelum kena baik mengelak. Ini ada beberapa petua daripada ditipu:-

  1. SEMAK LESEN

Pertama sekali jangan percaya kepada apa yang diberitahu kepada anda. Semak lesen dengan kementerian pelancongan. Semakan boleh dibuat secara online melalui pautan www.motac.gov.my klik link semakan agensi berdaftar.

Jika syarikat berkenaan berlesen nama dan jenis lesen akan dipaparkan setelah kita membuat carian. Lihat jenis lesen yang dikeluarkan sama ada dibenarkan membuat pakej pelancongan dalam negara sahaja atau keluar negara atau pakej umrah.

Statistik menunjukkan bahawa ada berlaku penipuan di kalangan syarikat berdaftar. Bukannya tak ada. Cara kedua terbaik untuk elak penipuan oleh agensi berdaftar atau haram adalah

  1. SEMAK REVIEWS DI FACEBOOK

Seperti dalam gambar setiap page di Facebook ada reviews. Admin boleh sembunyikan atau hide reviews. Selalunya syarikat yang ada kes penipuan atau bermasalah mereka akan sembunyikan reviews daripada dilihat oleh pengguna lain agar tiada maklumat keburukan atau kes syarikat yang dimuatnaik oleh pengguna/follower.

Apabila pengguna/follower muat naik reviews admin tidak boleh memadamkan reviews tersebut. Inilah yang ditakuti oleh syarikat travel agensi bermasalah. Jika mereka membenarkan reviews dipamerkan keburukan syarikat akan terdedah. Elakkan dari menggunakan perkhidmatan syarikat pelancongan yang tiada reviews di facebook. Syarikat yang betul selalunya akan mendapat reviews yang bagus daripada follower.

  1. SEMAK KOMEN DI FACEBOOK

Jika tiada reviews negatif di facebook semak komen yang dimuat naik follower. Komen berbeza dengan reviews. Reviews tidak boleh padam. Komen boleh dipadamkan oleh admin.

Jarang kita dapat lihat komen negatif di facebook jika page tersebut tiada “reviews”. Ini kemungkinan besar kerana komen tersebut telah dipadamkan oleh admin.

Jika page tersebut ada “reviews” sebarang komen negatif akan dijawab oleh admin dan tidak akan dipadamkan. Ini menunjukkan syarikat tersebut betul-betul komited untuk menguruskan pakej pelancongan anda.

  1. BAYAR GUNA CEK/BANK DRAF

Cara pembayaran paling selamat adalah dengan menggunakan cek/bank draf. Pastikan anda membuat salinan pendua untuk cek/bank draf tersebut sebelum anda menyerahkan cek/bank draf tersebut kepada syarikat untuk bayaran pakej pelancongan anda.

Jika anda masih mahu membayar secara tunai kepada akaun syarikat pastikan salinan asal slip bank yang anda bank in tersebut disimpan dengan elok.

Jika berlaku sebarang masalah, senang untuk anda membuat tuntutan semula dengan menyertakan salinan pendua cek/bank draf tersebut kepada mahkamah atau tribunal pengguna.

  1. RESIT BAYARAN

Mohon syarikat mengeluarkan resit rasmi setelah anda membuat bayaran. Ini juga adalah untuk tujuan keselamatan dan untuk sebarang tuntutan gantirugi di kemudian hari. Pastikan resit ada nama syarikat dan no lesen kementerian pelancongan. Resit buku 555 tidak boleh digunapakai.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan boleh hubungi kami

Jomkembara Travel & Tours Sdn Bhd (KPL/7162)

Tel : 03-38853814 / 013-2207999

Travel Article

If you wish us to write an article relating to travel please let us know know

Recent Comments